9 Mei 2010
Setelah berhempas pulas membuat latihan sukan
Akhirnya hari yang dinanti-nantikan pun tiba
Wah bersemangat waja anak-anak Tadika Iman Amani nak bersukan ni :)
Untuk tahun ini
hanya 6 orang anak yang terlibat dalam sukan tadika
mereka yang selebihnya tak dapat sertai sukan diatas sebab-sebab tertentu
Tapi xpe, sukan tahun depan ada lagi. I'Allah :)
Seawal 7 pagi
Teacher Ayu bersama Teacher Imah dan Teacher Iza
menanti kehadiran ibubapa di Tadika
730 pagi, ibubapa Adam dan Aisyah pun tiba
Bagi memudahkan pengurusan anak-anak di padang
anak-anak diminta menaiki kereta guru
manakala ibubapa diberi kebebasan untuk pergi sendiri atau berkonvoi bsama2
815 kami semua tiba di Kompleks Sukan Bandar Dato' Onn
ramai sguh student kat sana
total 856 orang murid
ramai kan?
Acara dimulakan dengan acara perbarisan
Sebagai penghargaan, Aizied Izzanney (K2) diberi penghargaan membawa bendera
Johor semasa perbarisan
Aizied mmg sporting, walau x pernah berlatih bawa bendera di tadika,
Aizied masih steady lagi berdiri kat depan pegang bendera Johor.
Cayalah Aizied :)
Semasa perbarisan
terdapat acara bacaan ikrar, bacaan doa dan juga erobik
Cahaya pagi yang bersinar terang
buat anak-anak agak layu pg tu
tp cmne pun, mereka ttp kuat nak abiskan acara perbarisan tersebut
Setelah prbarisan selesai
acara sukan dimulakan
akibat acara sukan banyak
dan student yang terlibat juga ramai
maka pihak Iman ELC membahagi dua acara sukan tersebut
kedua-dua acara tersebut berlangsung serentak bagi mempercepatkan
perjalanan aktiviti
Jam 12tghhr semua acara selesai
semua anak2 gembira
sebab menang @ tak akan dapat pingat. hehe
apa pun, teacher tetap nak ucap tahniah kat anak-anak
kerana berjaya selesaikan acara sukan tersebut dengan baik.
Tahniah semua! :)
p/s: untuk melihat gambar hari sukan, boleh klik ikon cawan yang terdapat di bahagian atas. :)
Monday, May 10, 2010
Wednesday, April 28, 2010
Latihan Hari Sukan..
Hari sukan dah nak tiba!!
Wah..ape lagi kalau hari sukan dah dekat..
mesti lah berkobar-kobar teacher wat latihan sukan.
Dan anak-anak pun lagi lah excited nak bersukan..
(nama pun main kan..mane x suka. Btul x? Hihi..)
Latihan sukan bermula pada 28 April - 7 April.
Latihan sukan berlangsung di Tadika Iman Amani dan dua kali latihan di Tadika Iman Sri Skudai. iaitu pada 30 April dan 7 Mei 2010.
Surat kebenaran mengikuti latihan telah diberikan kepada semua Ibubapa.
Dan Alhamdulillah, semua ibubapa memberikan kerjasama yang baik dengan mengizinkan anak mereka melibatkan diri dalam latihan sukan utk Temasya sukan Tadika Iman.
Jadi, pagi tadi jam 900 pagi, latihan sukan yang pertama utk tahun 2010 dimulakan.
Jum kita tengok gaya anak-anak kita wat latihan sukan..^________^
anak-anak sblm sukan. Ceria betul muka mereka ya!
teacher imah tengah susun anak-anak
irsyad..cepat cucuk belon...
panas lah teacher....
ha..cucuk belon mcm ni..
izwan..cucuk lah belon tu..
Wah..ape lagi kalau hari sukan dah dekat..
mesti lah berkobar-kobar teacher wat latihan sukan.
Dan anak-anak pun lagi lah excited nak bersukan..
(nama pun main kan..mane x suka. Btul x? Hihi..)
Latihan sukan bermula pada 28 April - 7 April.
Latihan sukan berlangsung di Tadika Iman Amani dan dua kali latihan di Tadika Iman Sri Skudai. iaitu pada 30 April dan 7 Mei 2010.
Surat kebenaran mengikuti latihan telah diberikan kepada semua Ibubapa.
Dan Alhamdulillah, semua ibubapa memberikan kerjasama yang baik dengan mengizinkan anak mereka melibatkan diri dalam latihan sukan utk Temasya sukan Tadika Iman.
Jadi, pagi tadi jam 900 pagi, latihan sukan yang pertama utk tahun 2010 dimulakan.
Jum kita tengok gaya anak-anak kita wat latihan sukan..^________^
Tuesday, April 20, 2010
Akmal Safiy..
Assalammualaikum anak-anak..
Hari tu, teacher ayu saje je surf Facebook.
Dan hari tu, teacher ayu jumpa facebook mama Akmal Safiy
teacher ayu teruja sangat-sangat..
rindu.. dah lame x jumpa anak teacher yg sorg ni ^_____^
Buat pengetahuan semua, Akmal Safiy skarang berada di Perancis.
Ada kat Perancis kerana ayahnya sedang belajar di sana..
untung Akmal.. kecik-kecik dah jelajah negara orang..
Pesan utk Akmal,
balik sini jenguk-jenguk lah tadika tau. ^_____^
bestnya Akmal. dapat main snow. The real snow. Bilalah teacher ayu nak merasa main snow kan. Hihi..
p/s: utk mama Akmal Safiy, Puan Yanti, sy 'kidnap' satu ya gambar Akmal! ^____^
Hari tu, teacher ayu saje je surf Facebook.
Dan hari tu, teacher ayu jumpa facebook mama Akmal Safiy
teacher ayu teruja sangat-sangat..
rindu.. dah lame x jumpa anak teacher yg sorg ni ^_____^
Buat pengetahuan semua, Akmal Safiy skarang berada di Perancis.
Ada kat Perancis kerana ayahnya sedang belajar di sana..
untung Akmal.. kecik-kecik dah jelajah negara orang..
Pesan utk Akmal,
balik sini jenguk-jenguk lah tadika tau. ^_____^
p/s: utk mama Akmal Safiy, Puan Yanti, sy 'kidnap' satu ya gambar Akmal! ^____^
Friday, April 16, 2010
Selamat Hari Lahir Syahmi..
Dalam diam-diam..
sekarang ni dah bulan april rupanya. Terasa masa cepat betul berlalu.
Dan dalam bulan ni juga, ada kawan kita yang sambut harijadinya yang ke-5.
nak tau siapa?
ok..mari kita tengok siapa punya birthday ya..
owhhh..birthday syahmi nor iman rupanya ^_________^
Utk syahmi Nor Iman..
selamat Hari Lahir..
semoga dipanjangkan umur. Dilapangkan pintu rezki. dan semoga jadi budak yang mendengar kata. amin... (byk maksud tersirat tu..hihi)
Dan jutaan terima kasih juga utk Ibu Syahmi, Puan Liza yang bsusah payah menyediakan kek dan jajan utk kami semua. (teacher pun dapat jajan juge tau ^_________^ )
Utk anak-anak lain.. anak-anak semua dialu-alukan utk menyambut hari lahir di tadika. I'Allah.. Pasti meriah! Jaminan 200% hihi. Ok lah anak-anak semoga kita berjumpa lagi di lain entry ya. Jg diri. Jg akhlak. Dan yg paling penting, jangan lupa solat. ok? Semoga kasihNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin..

Birthday Syahmi..
Wednesday, March 10, 2010
Anak-Anak Tadika Iman Amani..
Hari Jumaat adalah hari yang paling anak-anak Tadika Iman Amani nanti-nantikan.. Kenapa? Haa...kerana hari tu adalah hari aktiviti bebas. Dimana tiada aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Pada hari tersebut, mereka akan berkumpul dan membuat aktiviti bersama-sama. Mereka akan bersukan, menonton video, membuat aktiviti alam sekitar dan Art. Mari kita lihat gambar anak-anak Tadika Iman Amani bergaya sakan pd hari tersebut .. ^______^
..ceria saje muka mereka semua. Hihi..
Friday, January 29, 2010
Selamat Hari Lahir Rifdi!
Pada 28Januari yang lepas, Rifdi telah menyambut hari lahirnya yang ke-5. Nenek dan ibu saudara Rifdi telah menyiapkan makanan untuk sambutan hari lahir Rifdi di Tadika. Kek Ben-10 menjadi santapan utama kami pada hari tu. Wah..berselera sungguh anak-anak dapat makan kek Ben-10 pd hari tu. Tapi, teacher nak minta maaf sangat2, gambar2 semasa sambutan Hari Jadi Rifdi hilang kerana laptop teacher Ayu rosak. Maaf sangat2 ya.. Apepun.. Teacher mewakili pihak Tadika Iman Amani ingin ucapkan selamat hari lahir pada Rifdi. Semoga Allah panjangkan umur Rifdi dan menjadikan Rifdi insan yang beriman. Semoga kasihNya sntsa mengiringi mu selamanya. Amin..
..selamat hari lahir Rifdi..
Saturday, January 16, 2010
Selamat Tahun Baru 2010!
Salam anak-anak! Selamat kembali ke sekolah. Pertama-tamanya.. Teacher Ayu nak minta maaf sangat2 sbb dah terlalu lame x update blog. Bukan ape, ketiadaan Teacher Aishah kat tadika ni pada mulanya buat keadaan disini agak kelam-kabut. Tapi lame kelamaan, Alhamdulillah.. Segalanya semakin mudah. Memang janji Allah itu benar. Kuatkan semangat, banyakkan berdoa padaNya, InsyaAllah.. segalanya akan dipermudahkan ^_______^
Hari pertama persekolahan berjalan lancar. Sesi persekolahan Tahun 2010 bermula pada 4 Januari 2010. Seramai 13 anak mendaftar pada sesi persekolahan tahun ini. Ada ibuabapa yang menghantar pada awal pagi sahaja dan ada yang menunggu anak mereka sehingga waktu persekolahan tamat. Kedatangan anak-anak disambut dengan ceria oleh guru-guru Tadika Iman Amani. Alhamdulillah, anak-anak kami memang hebat dan berani. Mereka begitu teruja dan excited berjumpa dan berkenalan dengan guru dan rakan-rakan baru.
Hari pertama dimulakan dengan perhimpunan pagi. Sterusnya, ucapan alu-aluan dari Teacher Ayu, selaku Guru Besar Tadika Iman Amani. Selesai ucapan, anak-anak diajar syahadah dan bacaan ikrar. Semasa sesi pendaftaran, Ibubapa telah dimaklumakan bahawa 3minggu pertama adalah minggu orientasi Dalam tempoh 3minggu tersebut, anak-anak akan dibiasakan dengan pelbagai peraturan atau adab. Peraturan tersebut adalah:
a) peraturan bermain di corner
b) adab semasa makan
c) adab masuk/keluar tandas
d) peraturan susun kasut di rak
e) peraturan meletak beg di rak beg
f) peraturan semasa perhimpunan dsb..
Objektif utama peraturan-peraturan tersebut dilakukan adalah untuk menjadikan anak-anak menjadi lebih tertib dan beradab . Selain diperkenalkan dengan peraturan dan adab, dalam tempoh 3minggu tersebut, anak-anak Pra dan K1 banyak melakukan aktiviti yang menguatkan tangan mereka seperti meramas kertas, mengoyakkan kertas dan bermain tanah liat. Tujuan aktiviti tersebut adalah membantu anak-anak menguatkan tangan untuk memegang pensel dengan betul.
Nampaknya, ini sahajalah ringkasan yang berlaku pada hari pertama dan 3minggu pertama persekolahan Tahun 2010. Semoga Allah permudahkan segala urusan Teacher Ayu, dapatlah Teacher Ayu berceloteh lagi di blog ini. Hihi. Jumpa lagi ya anak-anak. Semoga kita semua sntsa berada dalam redhaNya. Amin..

Subscribe to:
Posts (Atom)