Corner
Sama seperti tadika Iman yang lain, Tadika Iman Amani juga mengamalkan pembelajaran berkonsepkan corner. Dimana setiap anak belajar secara bergilir. Contohnya terdapat 2 kumpulan anak didalam kelas, guru akan mengambil satu kumpulan anak dan dua kumpulan lagi akan masuk ke dalam corner. 2 kumpulan anak tersebut akan dipantau oleh guru lain. Sistem corner ini adalah adaptasi dari sistem pendidikan UK dimana anak belajar melalui bermain. Jadi segala aktiviti anak sepanjang di dalam corner adalah proses pembelajaran yang membantu perkembangan kognitif, motor kasar serta motor halus mereka.Pemantaun guru adalah penting kerana dari pemantauan tersebut guru dapat melihat perkembangan yang dialami oleh anak.Terdapat pelbagai corner yang ada, namun, Iman hanya mengambil 4 corner, iaitu dramatik corner, manipulatif corner, blok corner dan library corner.
Holistik + Bersepadu
Walaupun Tadika Iman merupakan sebuah tadika berkonsepkan islam, namun ia tidak terdapat satu jadual khusus untuk pembelajaran agama. Ini kerana, Tadika Iman mengamalkan pembelajaran berasaskan Holistic(menyeluruh) dan Integrated(bersepadu). Konsepnya mudah, iaitu agama terdapat dalam semua aspek. Maksudnya, di dalam Matematik, anak akan belajar agama, di dalam Bahasa Inggeris pun anak akan belajar agama. Contohnya, apabila anak belajar tentang no.5 dan nilai 5, maka guru akan menyelitkan bahawa rukun islam itu ada 5. Dan solat wajib didirikan sebanyak 5 waktu.
Tadika ini juga mengamalkan pembelajaran bertema. Antara contoh tema adalah My Body, I Love Allah, dan Occupations. Tema akan bertukar setiap 3 minggu sekali. Perubahan tema ini juga mempengaruhi perubahan corner. Justeru, anak akan sentiasa merasakan "pembaharuan" dan ini antara pemangkin anak seronok untuk datang ke sekolah.
Silibus
Secara keseluruhan, anak akan belajar:
- Bahasa Melayu (Sistem Fonik)
Bahasa Inggeris (Sistem MyKids)
Matematik(Sistem MyKids)
Al-Barqi
Solat
Hafazan
Jawi
Kreativiti
Alam Sekitar
PJ