Friday, January 29, 2010

Selamat Hari Lahir Rifdi!

Pada 28Januari yang lepas, Rifdi telah menyambut hari lahirnya yang ke-5. Nenek dan ibu saudara Rifdi telah menyiapkan makanan untuk sambutan hari lahir Rifdi di Tadika. Kek Ben-10 menjadi santapan utama kami pada hari tu. Wah..berselera sungguh anak-anak dapat makan kek Ben-10 pd hari tu. Tapi, teacher nak minta maaf sangat2, gambar2 semasa sambutan Hari Jadi Rifdi hilang kerana laptop teacher Ayu rosak. Maaf sangat2 ya.. Apepun.. Teacher mewakili pihak Tadika Iman Amani ingin ucapkan selamat hari lahir pada Rifdi. Semoga Allah panjangkan umur Rifdi dan menjadikan Rifdi insan yang beriman. Semoga kasihNya sntsa mengiringi mu selamanya. Amin..


..selamat hari lahir Rifdi..

Saturday, January 16, 2010

Selamat Tahun Baru 2010!

Salam anak-anak! Selamat kembali ke sekolah. Pertama-tamanya.. Teacher Ayu nak minta maaf sangat2 sbb dah terlalu lame x update blog. Bukan ape, ketiadaan Teacher Aishah kat tadika ni pada mulanya buat keadaan disini agak kelam-kabut. Tapi lame kelamaan, Alhamdulillah.. Segalanya semakin mudah. Memang janji Allah itu benar. Kuatkan semangat, banyakkan berdoa padaNya, InsyaAllah.. segalanya akan dipermudahkan ^_______^

Hari pertama persekolahan berjalan lancar. Sesi persekolahan Tahun 2010 bermula pada 4 Januari 2010. Seramai 13 anak mendaftar pada sesi persekolahan tahun ini. Ada ibuabapa yang menghantar pada awal pagi sahaja dan ada yang menunggu anak mereka sehingga waktu persekolahan tamat. Kedatangan anak-anak disambut dengan ceria oleh guru-guru Tadika Iman Amani. Alhamdulillah, anak-anak kami memang hebat dan berani. Mereka begitu teruja dan excited berjumpa dan berkenalan dengan guru dan rakan-rakan baru.

Hari pertama dimulakan dengan perhimpunan pagi. Sterusnya, ucapan alu-aluan dari Teacher Ayu, selaku Guru Besar Tadika Iman Amani. Selesai ucapan, anak-anak diajar syahadah dan bacaan ikrar. Semasa sesi pendaftaran, Ibubapa telah dimaklumakan bahawa 3minggu pertama adalah minggu orientasi Dalam tempoh 3minggu tersebut, anak-anak akan dibiasakan dengan pelbagai peraturan atau adab. Peraturan tersebut adalah:
a) peraturan bermain di corner
b) adab semasa makan
c) adab masuk/keluar tandas
d) peraturan susun kasut di rak
e) peraturan meletak beg di rak beg
f) peraturan semasa perhimpunan dsb..

Objektif utama peraturan-peraturan tersebut dilakukan adalah untuk menjadikan anak-anak menjadi lebih tertib dan beradab . Selain diperkenalkan dengan peraturan dan adab, dalam tempoh 3minggu tersebut, anak-anak Pra dan K1 banyak melakukan aktiviti yang menguatkan tangan mereka seperti meramas kertas, mengoyakkan kertas dan bermain tanah liat. Tujuan aktiviti tersebut adalah membantu anak-anak menguatkan tangan untuk memegang pensel dengan betul.

Nampaknya, ini sahajalah ringkasan yang berlaku pada hari pertama dan 3minggu pertama persekolahan Tahun 2010. Semoga Allah permudahkan segala urusan Teacher Ayu, dapatlah Teacher Ayu berceloteh lagi di blog ini. Hihi. Jumpa lagi ya anak-anak. Semoga kita semua sntsa berada dalam redhaNya. Amin..