Wednesday, April 28, 2010

Latihan Hari Sukan..

Hari sukan dah nak tiba!!
Wah..ape lagi kalau hari sukan dah dekat..
mesti lah berkobar-kobar teacher wat latihan sukan.
Dan anak-anak pun lagi lah excited nak bersukan..
(nama pun main kan..mane x suka. Btul x? Hihi..)

Latihan sukan bermula pada 28 April - 7 April.
Latihan sukan berlangsung di Tadika Iman Amani dan dua kali latihan di Tadika Iman Sri Skudai. iaitu pada 30 April dan 7 Mei 2010.
Surat kebenaran mengikuti latihan telah diberikan kepada semua Ibubapa.
Dan Alhamdulillah, semua ibubapa memberikan kerjasama yang baik dengan mengizinkan anak mereka melibatkan diri dalam latihan sukan utk Temasya sukan Tadika Iman.

Jadi, pagi tadi jam 900 pagi, latihan sukan yang pertama utk tahun 2010 dimulakan.
Jum kita tengok gaya anak-anak kita wat latihan sukan..^________^

anak-anak sblm sukan. Ceria betul muka mereka ya!


teacher imah tengah susun anak-anak


irsyad..cepat cucuk belon...


panas lah teacher....


ha..cucuk belon mcm ni..


izwan..cucuk lah belon tu..

Tuesday, April 20, 2010

Akmal Safiy..

Assalammualaikum anak-anak..
Hari tu, teacher ayu saje je surf Facebook.
Dan hari tu, teacher ayu jumpa facebook mama Akmal Safiy
teacher ayu teruja sangat-sangat..
rindu.. dah lame x jumpa anak teacher yg sorg ni ^_____^
Buat pengetahuan semua, Akmal Safiy skarang berada di Perancis.
Ada kat Perancis kerana ayahnya sedang belajar di sana..
untung Akmal.. kecik-kecik dah jelajah negara orang..

Pesan utk Akmal,
balik sini jenguk-jenguk lah tadika tau. ^_____^

bestnya Akmal. dapat main snow. The real snow. Bilalah teacher ayu nak merasa main snow kan. Hihi..


p/s: utk mama Akmal Safiy, Puan Yanti, sy 'kidnap' satu ya gambar Akmal! ^____^

Friday, April 16, 2010

Selamat Hari Lahir Syahmi..

Dalam diam-diam..
sekarang ni dah bulan april rupanya. Terasa masa cepat betul berlalu.
Dan dalam bulan ni juga, ada kawan kita yang sambut harijadinya yang ke-5.
nak tau siapa?
ok..mari kita tengok siapa punya birthday ya..

owhhh..birthday syahmi nor iman rupanya ^_________^


Utk syahmi Nor Iman..
selamat Hari Lahir..
semoga dipanjangkan umur. Dilapangkan pintu rezki. dan semoga jadi budak yang mendengar kata. amin... (byk maksud tersirat tu..hihi)

Dan jutaan terima kasih juga utk Ibu Syahmi, Puan Liza yang bsusah payah menyediakan kek dan jajan utk kami semua. (teacher pun dapat jajan juge tau ^_________^ )

Utk anak-anak lain.. anak-anak semua dialu-alukan utk menyambut hari lahir di tadika. I'Allah.. Pasti meriah! Jaminan 200% hihi. Ok lah anak-anak semoga kita berjumpa lagi di lain entry ya. Jg diri. Jg akhlak. Dan yg paling penting, jangan lupa solat. ok? Semoga kasihNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin..

Birthday Syahmi..

apelah yang kecoh sgt tu ya..


wah..amar on camera! hihi


si comel mimi dan syahmi


mimi..aik..mimi lagi?hihi.mimi dan afrina


saba..teacher imah nak siapkan ni..


teacher imah..org penting pd hr tu ^___^ tq teacher mah..


adam..tengok ape tu..


suka amar dpt jajan ya..


adam dan mimi..(bukan adam dan hawa ya) hihi..


anak-anak Tadika Iman Amani