Saturday, November 21, 2009

Persembahan HPS 2009

Salam semua! Hari ini, teacher nak update persembahahan tarian yg anak2 persembahkan pd hr majlis penyampaian sijil lepas. Terima kasih buat babah Ain; yg dapat rakam video ni. Diharap semua akan terhibur!

p/s: vcd dan dvd sepanjang HPS akan dikeluarkan oleh pihak Iman ELC. satu dvd berharga RM10 dan satu vcd RM5. Jika berminat utk membeli cd tersebut, sila hubungi saya (teacher ayu) ya! Ok. Slmt bercuti semua! Salam.

..tarian embun sok-sek..

Hari Terakhir Persekolahan Sesi 2009

Hr ni hr terakhir perskolahan untuk sesi 2009. Rs sedih, gembira smua nya bercampur. Gembira kerana cuti skolah dh bermula. Tp sedih, krn berpisah dgn anak2 teacher yg comel. Aifa, shirah dan akmal. Teacher pasti sgt2 rindu kamu semua.

Sempena hr terakhir persekolahan ni, Aifa bwk kek.Terima kasih buat Mama Aifa. Jd hr ni, tadika wat jamuan ‘mengejut’. Makan kek lg anak2 teacher ni. Tp takpe.. teacher suke je. Hehe.

Buat anak2 teacher, cuti ni jangan nakal2. Tolong ayah ibu. Jg diri tau. Jaga diri. Jaga kesihatan. Sembahyang jangan lupa. Ok? Smoga Allah sentiasa melindungi anak2 teacher ni. Amin. Salam syg buat anak2 teacher semua. Jumpe lagi tahun hadapan. I'Allah. Salam.


..anak2 teacher yg dirindui selalu..

Wednesday, November 18, 2009

Wajah-wajah Graduan

Gambar anak-anak bergambar dengan baju graduan dah siap. Ini lah hasilnya. Muke masing2 memang ade gaye dapat Phd. Mudah2an Ya Allah, jadikanlah anak2 ku sebagai org2 yang berjaya di masa hadapan. Amin.





Ganjaran Utk Mereka Yg Jujur


Birhday Aizied

Pada hr ini, 18 November 2009, Aizied telah menyambut hari lahirnya yang ke-5 di tadika. Terima kasih buat ibu Aizied, Pn Suhaila kerana menyediakan kek hari jadi dan ‘jajan’ untuk anak2. Ketibaan Aizied di tadika di sambut baik oleh rakan-rakannya. Sampai sahaja, rakan2 nya mengucapkan slmt hr lahir pd Aizied. Wah, berseri2 muka aizied hr ni. Senyum meleret hingga ke telinga. Apepun, Ucapan teacher pada Aizied, Semoga Aizied dipanjangkan umur, dimurahkan rezki, membesar menjadi orang yang beriman, taat kepada ibubapa dan berguna pada masyarakat. Semoga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi langkahmu. Amin.

..Selamat Hari Lahir Aizied..

Tuesday, November 17, 2009

HPS 2009

Alhamdulillah.. Berakhir sudah Hari Penyampaian Sijil Tadika Iman. Walau murid hanya seramai 2 orang, kemeriahan guru-guru dan anak-anak Tadika Iman Amani yang lain turut dirasai. Manakan tidak, mereka semua excited nak menari. So far, persembahan diorg ok lah.. (Walau snarnye xde lah ok sgt. Huhu). Tp bile teringat kate- kate Encik Pengerusi Majlis..

“yang penting adalah sifat berdikari mereka dapat berdiri dan beraksi di atas pentas dihadapan orang ramai..”

Huhu.. dengan itu, secara rasminya.. ingin saya nyatakan yg saya sgt bangga dengan anak2 sy! Mereka sgt berani membuat persembahan di atas pentas! Segulung tahniah juga sy berikan buat ibubapa mereka kerana dapat mendidik anak2 kecil mereka menjadi seorang yang berani.

Sy juga ingin m’ucapkan tahniah kepada graduan-graduan generasi pertama Tadika Iman Amani. Nasihat teacher, walau kamu dah keluar dari tadika, smoga ukhwah antara kita masih terjalin. Teacher pasti merindui keletah kamu berdua. Semoga kamu berdua terus maju dan berjaya di masa hadapan! Amin..

..Tahniah Aifa & Shirah..


..Girls yg dh x saba nak menari..


..Wah..dh mcm nak besilat smua ni.Hehe..

Monday, November 16, 2009

Hari HPS

Hari Penyampaian Sijil Tadika Rangkaian Tadika Iman

Zon Selatan 2009


Tarikh : 15 November 2009
Hari : Ahad
Masa : 8.00 – 12.00 tghr
Tempat : Dewan MPJBT, Skudai JB

Aturcara Majlis
8.00 pg : Ketibaan
8.15 pg : Pembukaan
: Bacaan Doa
: Bacaan Al-Quran
: Perasmian
: Bacaan Surah Yasin
: Persembahan
: Penyampaian Sijil
12.00 tghr : Bersurai

..antara ibubapa yg hadir..

Friday, November 13, 2009

Jamuan Akhir Tahun 2009

Pd hari jumaat lepas, pihak tadika Iman telah mengadakan jamuan akhir tahun dan perpisahan untuk Aifa, Shirah dan Akmal. Aifa dan Shirah masing-masing akan masuk ke darjah satu, manakala Akmal akan pulang ke Perancis. Wahwah.. Jgn lupe belikan teacher roti perancis ye akmal. Hehe..

Pd hr tersebut, anak2 datang membawa juadah tambahan. Ada yang membawa biskut, kek, kuih dan aym goreng. Terima kasih kpd ibubapa yg menyumbangkan makanan yg enak untuk jamuan kami. Pihak tadika juga x lepas dr menyediakan makanan untk santapan pd hr itu. Teacher Imah telah menyediakan mee hoon goreng dan air sarsi. TqTeacher Imaa.. Sedap teacher Imah masak. Smua slera jek makan.. (termasuklah teacher ayu.. hehe)

Slps jamuan berakhir, kami semua bergegas ke kedai gambar berdekatan. Tujuan hnya satu, ingin mengambil gambar anak memakai baju graduan. Comelnyee mereka!! Tp malangya, harga di kedai tersebut agak mahal. (maafkan kami. Kami patut survey tpt dulu) .. Oh ya! Pihak tadika juga ingin meminta maaf kepada keluarga irsyad krn x dpt tgu irsyad dan Ija bsma2 mngambil gmbr. Masa yg ada sangat suntuk. Tp xpe, Jika ditakdir umur masih panjang, kita masih boleh amik gmbr sma2 thn dpn. Ok??



..juadah yg mnyelerakan..


..bsme teacher Ayu..


..bersma Teacher Aishah myiapkan ank2 gadis sblm sesi fotografi..

Saturday, May 16, 2009

Lawatan Exotic

Sempena tema animals, Pihak Tadika Iman Amani telah mengadakan lawatan ke pameran haiwan-haiwan Exotic yang bertempat di pasaraya Billion Pontian. Lawatan ini sekaligus membawa anak mengenal dan mengetahui tentang haiwan-haiwan dalam spesis yg agak ‘mengerikan’. Hehe. Ye lah, ular sawa yang sebesar-besar tidak diletakkan dalam sangkar. Rasa meremang juga bila kali pertama melihatnya. Tp lama kelamaan rasa takut dan geli pada haiwan2 tersebut berjaya dikurangkan oleh pegawai bertugas disitu. Pegawai tersebut bertanggungjawab dalam memberi penerangan kepada kami semasa hari lawatan tersebut.

Banyak ilmu dan pengalaman yang kami perolehi. Antara pengalaman yang x boleh dilupakan, kami diberi peluang untuk memegang seekor ular sawa yang besar. Ape rase nye ye.. sejuk,bersisik dan… heee rasenye x boleh pegang lame2. Heheh. Apepun, anak2 sentiasa diingatkan dengan kebesaran Allah yang mencipta haiwan-haiwan tersebut. Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Diciptakan haiwan dalam pelbagai bentuk dan rupa. SubhanaAllah. Segala pujian hanya untukMu ya Allah.

Selesai lawatan, kami singgah ke KFC. Nyum2. Waktu makan. Anak2 dan teacher mmg lapa. Gembira dan rs seronok dengan pengalaman dan pengetahuan baru yg ditimba. Rasa berbaloi-baloi! Hehe.

..anak2 dihujung tu dh berpeluk2 kan ms nak pgg cik 'u' tu. hehe..