Sempena tema
animals, Pihak Tadika Iman Amani telah mengadakan lawatan ke pameran haiwan-haiwan
Exotic yang bertempat di pasaraya Billion Pontian. Lawatan ini sekaligus membawa anak mengenal dan mengetahui tentang haiwan-haiwan dalam spesis yg agak ‘mengerikan’. Hehe. Ye lah, ular sawa yang sebesar-besar tidak diletakkan dalam sangkar. Rasa meremang juga bila kali pertama melihatnya. Tp lama kelamaan rasa takut dan geli pada haiwan2 tersebut berjaya dikurangkan oleh pegawai bertugas disitu. Pegawai tersebut bertanggungjawab dalam memberi penerangan kepada kami semasa hari lawatan tersebut.
Banyak ilmu dan pengalaman yang kami perolehi. Antara pengalaman yang x boleh dilupakan, kami diberi peluang untuk memegang seekor ular sawa yang besar. Ape rase nye ye.. sejuk,bersisik dan… heee rasenye x boleh pegang lame2. Heheh. Apepun, anak2 sentiasa diingatkan dengan kebesaran Allah yang mencipta haiwan-haiwan tersebut. Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Diciptakan haiwan dalam pelbagai bentuk dan rupa. SubhanaAllah. Segala pujian hanya untukMu ya Allah.
Selesai lawatan, kami singgah ke KFC. Nyum2. Waktu makan. Anak2 dan teacher mmg lapa. Gembira dan rs seronok dengan pengalaman dan pengetahuan baru yg ditimba. Rasa berbaloi-baloi! Hehe.
..anak2 dihujung tu dh berpeluk2 kan ms nak pgg cik 'u' tu. hehe..
0 comments:
Post a Comment